Thursday 23 February 2012

Ribbon Roses Request & New Ribbon Roses Hairclip

Salam semua..

Apa khabar? TTOR mengharapkan semua sihat dan sejahtera di bawah lindunganNya ea.

Dalam beberapa hari/minggu ni, TTOR banyak terima tempahan dan request dari mereka yang berminat dgn Ribbon Roses product ni. Terima kasih banyak-banyak. TTOR cuba sedaya upaya memenuhi kesemua permintaan dari customer. Setakat ni semua dah dideliver. Hope semua puas hati ea.


Disebalik memenuhi permintaan dan order dari customer, terdapat beberapa request yang TTOR tak dapat tunaikan. Antaranya ada yang text TTOR bertanyakan untuk membeli bunga2 Ribbon Roses TTOR sahaja. Mereka berminat nak beli bunga, bukan product...huhu.

Setakat ni, TTOR tidak berhasrat untuk menjual bunga sahaja. Bunga Ribbon Roses TTOR hadir bersama-sama product. So. mintak maaf bebanyak. Mungkin di masa akan datang TTOR akan pertimbangkan. Walau bagaimanapun, seandainya ada tawaran yang baik, kita boleh berbincang...hehe.


Ari ni TTOR nak tunjukkan pic koleksi terbaru Ribbon Roses Hairclip. Hairclip ni agak besar sedikit dari koleksi yang lalu. Materialnya juga agak baik. Terdapat beberapa pilihan warna yang menarik

Merah
Putih/Hitam
Pink pekat
Biru
Purple

Cantik kan?

So, sesiapa di luar sana yang berminat, hubungi TTOR di 019-7551377 atau di touchroses@yahoo.com

Suka TTOR announcekan disini bahawa TTOR sedang mencari dealer atau wakil jualan bagi menjual/memasarkan barangan Ribbon Roses TTOR ni. Sesiapa yang berminat, anda tahu macam mana nak contact TTOR.

Sekian.

Salam & take care!

Sunday 19 February 2012

Customer Order

Salam semua.

Entry kali ni TTOR nak share pic beberapa customer order yang TTOR terima dalam 1-2 hari ni.

Ada 3 order

1. Order dari Puan Yati dari Pasir Gudang
Puan Yati order 2 Ribbon Roses headband gliterring. Satu dengan ribbon roses besar warna merah dimatchkan dengan headband putih blink2, dan satu lagi ribbon roses kecil biru tua dengan headband hitam


3. Order dari Puan Alina Abdullah dari Sungai Buloh, Selamgor.

Puan Alina order 1 Ribbon Roses headband colourful, warna merah, dan 2 Ribbon Roses Brooch dengan batu jurai warna merah dan biru.


3. Order dari wakil jualan TTOR, dari Cik Rafidah dari Shah Alam 

Hah.. yang ni banyak order ni...
Ribbon Roses headband 5, warna hitam, merah & pink, Ribbon Roses Haircomb 2, pelbagai gabungan warna, Ribbon Roses Hairclip 3, Ribbon Roses Double Brooch, 3 set dan banyak lagi la..

So, kepada yang order tu, terima kasih banyak2 ea. Order la lagi...
& kepada yang belum tu & yang baru bercadang2, tunggu apa lagi, call TTOR sekarang...019-7551377

Sekian,

Salam & Take Care

Saturday 18 February 2012

Headband White & Pink Collection

Salam semua.

2 hari lepas TTOR menerima tempahan dari Puan Salmah dari Taman Setia Tropika. Beliau menempah 30 headband dengan warna putih dan pink. Headband ini menurut beliau akan dijadikan sebagai door gifts sambutan harijadi puteri beliau. Erm... Nice idea...

Ni TTOR tunjukkan sket pic2 tempahan dari Puan Salmah.




The White Collection ~ dengan various type of headband





The Pink Collection ~ dengan various type of headband jugak

So, kepada sesiapa yang tercari-cari idea untuk diberikan sebagai door gifts, pilih aje lah mana2 barangan Ribbon Roses dari TTOR.

Terima kasih untuk Puan Salmah & terima kasih untuk anda semua jugak.

Sekian.

Salam & take care

Tuesday 14 February 2012

Standard Packaging For TTOR Ribbon Roses Brooch

Salam semua.

TTOR menerima beberapa permintaan berkaitan Ribbon Roses brooch ni.  Ada yang minat benar product ini seperti seadanya. Ada pula yang low profile, minat kt ribbon rose tapi tak berapa minat kat batu jurai tu.. TTOR faham sesangat, lain orang, lain minat kan..

Its ok. Atas memenuhi permintaan customer, TTOR telah men'standard'kan packaging bagi ribbon roses brooch ini.

Standard packaging adalah seperti berikut.

1. SINGLE Ribbon Roses Brooch
'Single' tu TTOR yang panggil sbb dia satu je. Terserah pada customer nak panggil apa. Yang pasti packaging 'Single' ini adalah untuk SATU Ribbon Roses dengan batu jurai

 
Single Ribbon Roses Brooch


2. DOUBLE Ribbon Roses Brooch
Pun sama "Double" tu TTOR yang panggil sbb dia ada 2 Ribbon Roses Brooch yang simple (tanpa batu jurai). Juga terserah kepada customer nak panggil apa.

Nota : Untuk Ribbon Roses Brooch tanpa batu jurai ini, TTOR tak jual satu-satu ea. Bungkusan dia ialah 2 in 1.

 
 Double Ribbon Roses Brooch


3. Ribbon Roses Brooch 1 + 1
'1 + 1' sbb ada satu Ribbon Roses Batu Jurai & satu Ribbon Roses simple.

     1 + 1 Ribbon Roses Brooch


Kesimpulannya, nama2 di atas untuk membezakan 3 jenis packaging sahaja. Customer boleh panggil apa2 pun asalkan TTOR faham apa yang dikehendaki oleh customer.



Yang tiga kotak dgn packaging berbeza ini dah siap untuk dijual.

Sekian sahaja entry kali ini.

Hubungi TTOR ea. 019-7551377

Salam & take care

Monday 13 February 2012

Customer Oder

Salam & selamat pagi.

Hari ni TTOR menerima beberapa tempahan.

Pertama, PUAN SAODAH dari Taman Mawar telah menempah 2 Ribbon Roses Brooch Rantai
warna merah dan biru.

Sambil memnyiapkan tempahan Puan Saodah itu, TTOR buatlah sekali  warna biru tua dan warna peach itu. Sesiapa yang berkenan, beritahu TTOR k.


 Yang merah tu dah ada orang punya, yang peach tu still available.


Kedua, TTOR juga menerima tempahan Ribbon Roses Photo Frame. Tempahan dari PUAN SUZANA dari Taman Nusa Damai. Beliau sebenarnya inginkan warna pink, tapi buat masa ini untuk Ribbon Roses Photo Frame, hanya Purple Collection and Gold Collection sahaja yang ada. Tak pe, TTOR cuba usahakan di masa hadapan k. Memandangkan tak de warna pink, Puan Suzana menempah The Gold Collection.

Hanya Gold Collection & Purple Collection sahaja yang ada buat masa ini


Ribbon Roses Brooch dah siap di packing untuk delivery/order

TTOR banyak menerima komen, cadangan & idea dari customer. TTOR akan look into all the ideas & suggestion seriously.

Sementara itu, TTOR sign off dulu ea. Keep in touch.

Salam & take care.

Sunday 12 February 2012

New Design Ribbon Roses

Salam semua.

Taraaaa!!!
Ini lah product terbaru dari The Touch Or Roses.

Headband dengan design ribbon roses terbaru.

Setelah menjalani proses design & R&D, chewahh.. inilah hasil terbaru untuk memenuhi permintaan customer dan sedikit sebanyak memberi pilihan kepada yang berminat.


Masih mengekalkan konsep pilihan headband yang pelbagai, disatukan dengan new design ribbon roses bagi memberi satu lagi pilihan kepada customer TTOR.


Kombinasi headband hitam paling sesuai dipadankan dengan apa sahaja warna ribbon roses


Pilihan warna sepadan antara headband dan ribbon roses juga ditawarkan untuk pilihan customer.


Finished product ~ New design ribbon roses headband


Yang mana satu idaman kalbu??

So, TTOR tau pasti ada yang berkenan kan? Apa tunggu lagi?

Call TTOR ; 019-7551377

Salam & take care.

Latest Customer Order & TTOR Dealer

The latest custome order atas usaha dealer TTOR yang terbaru ~ Cikgu Nurliyana dari Tadika Innovasi Bistari di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang.

Sesiapa yang berminat nak order boleh direct ke TTOR atau melalui Cikgu Nurliyana jugak.

Mari kita tgk barang-barang yang diorder

6 Ribbon Roses Brooch
2 Ribbon Roses Hanphone Lanyard
3 Ribbon Roses Handphone Lanyard
3 Ribbon Roses Hairclip


Ni lah 6 Ribbon Roses Brooch yang diorder.


 Dan ni pulak barang2 yang telah siap dipack untuk delivery.

So kepada sesiapa yang berminat tentang Ribbon Roses, hubungi kami ok.

Salam & take care.